MKN SELANGOR ANJUR PROGRAM SEMARAK MALAYSIA MADANI BERSAMA KOMUNITI CINA, PERTAHAN PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2024 Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor telah menganjurkan program Semarak Malaysia MADANI bersama Komuniti Cina pada 28 Februari 2024 (Rabu) bermula jam 2.00 petang bertempat di Kompleks Muhibbah Tanjong Sepat, Sepang. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor. Turut hadir YBrs. Puan Rukiyah binti Kolamchery, Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat mewakili YB Tuan Borhan bin Aman Shah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri N.54 Tanjong Sepat; YBrs. Encik Wong Kim Loon, Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Encik Tai Hoo Chong, Pengerusi MPKK Kg. Tanjong Sepat Indah.

Program dimulakan dengan sesi Taklimat konsep Malaysia MADANI turut disampaikan dan penekanan kepada kesepaduan nasional sebagai salah satu elemen pemangkin kepada kestabilan dan keselamatan negara, ziarah kasih MADANI menyantuni ke 5 buah rumah penduduk yang mengidap penyakit kritikal dan berpendapatan rendah, majlis gaul ‘Yee Sang’ dan sumbangan Bakul Makanan kepada penerima terpilih.

Nilai ihsan dilihat antara rukun yang boleh menjadi tonggak paling signifikan dalam menyumbang kepada pembentukan masyarakat MADANI. Ihsan dalam konteks Malaysia MADANI ditafsirkan cukup sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan, iaitu mengasihi orang lain merangkumi ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan anggota masyarakat secara keseluruhan termasuk golongan minoriti.

Semoga perpaduan dalam kalangan rakyat semakin kukuh dan keselamatan negara terpelihara.

#MalaysiaMADANI

#kesejahteraankomuniti

#DemiPertiwi

#MKNSelangor

#PemikiranStrategikPuncaKemenangan

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …