NEGERI SEMBILAN WAJIBKAN GUNA MALIM GUNUNG DI 3 LOKASI PENDAKIAN

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan mewajibkan penggunaan khidmat malim gunung di tiga lokasi pendakian berisiko di negeri ini yang dijangka dikuatkuasakan pada Jun depan.

Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Hamidi Abd Halim, tiga kawasan pendakian tersebut ialah Gunung Berembun, Gunung Besar Hantu dan Trans Naning.

Pihaknya telah menetapkan untuk tiga lokasi pendakian itu diwajibkan kepada pendaki untuk mendapatkan khidmat malim gunung kerana ia penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ia akan membabitkan malim gunung yang mempunyai pengalaman, kemahiran serta telah mendapatkan kursus dengan pihak Jabatan Perhutanan.

Pihaknya juga sedang memperhalusi syarat, kaedah dan mekanisme bersesuaian serta terbaik dengan persatuan berkenaan termasuk agensi bertanggungjawab bagi membolehkan golongan pendaki menempah dan mendapatkan perkhidmatan malim gunung ini.

Setakat ini terdapat kira-kira 120 orang malim gunung perhutanan yang berdaftar dengan Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Negeri Sembilan. Sebaik selesai hal berkaitan, kita akan umumkan kepada orang ramai sekali gus membolehkan pencinta alam serta pendaki untuk meneruskan aktiviti mereka di gunung terlibat.

Beliau juga memaklumkan kesemua trek pendakian di negeri ini telah kembali dibuka kepada pendaki kecuali tiga kawasan pendakian tersebut. Di tiga trek pendakian itu, pihaknya bersama bantuan pihak persatuan malim gunung dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang melihat semula laluan pendakian terutama dalam aspek keselamatan selain memastikan trek turut dibersihkan daripada semak.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …