TAKLIMAT KESELAMATAN: ARAHAN MKN NO.23

Banda Hilir, 14 Februari – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah mengadakan Program Taklimat Keselamatan: Arahan MKN NO.23 (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka) kepada agensi keselamatan, penjawat awam dan PBT negeri Melaka. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada agensi mengenai peranan mereka khususnya berkaitan penguatkuasaan pelarian dan pemohon suaka di negeri Melaka dan memberi pendedahan berkenaan semakan terkini dasar dan mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Tajul Ariffin bin Muhamad, Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, MKN. Impak yang diterima adalah positif dan memberi kefahaman yang jitu tentang pendekatan negara serta penyelarasan bidang tanggungjawab kepada petugas agensi keselamatan khususnya dalam melaksanakan tugasan di lapangan.

Antara peserta yang turut hadir ialah Pengarah JPN Melaka, Encik Norazle Sulaiman dan Pengarah JIM Melaka, Encik Anirwan Fauzee bin Mohd Aini, wakil IPK, wakil IPD, APMM, JKM, JAIM, Penerangan, Pejabat Daerah dan PBT.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …