ANAK MUDA MAKIN KURANG SAMBUT HARI KEKASIH

Agensi pendidikan perlu memainkan peranan menyebarkan dakwah kepada belia Melayu tentang maksud sebenar hari kekasih yang sinonim diraikan setiap 14 Februari supaya ia tidak terus menjadi ikutan.

Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah, ini kerana sambutannya bukan budaya umat Islam dan meraikannya boleh mendorong kepada perbuatan maksiat.

Beliau juga melihat momentum anak-anak muda untuk menyambut hari kekasih ini sudah berkurangan, mungkin disebabkan banyak program penjelasan dan kesedaran yang dianjurkan pelbagai pihak. Namun penjelasan mengenainya perlu diadakan secara berterusan dan tidak hanya mengharapkan jabatan agama sahaja untuk menggerakkannya.

Beliau berpendapat, kesedaran golongan muda khususnya di negeri ini tentang tiadanya manfaat berkenaan hari tersebut adalah semakin positif. Malah katanya, tiada lagi iklan-iklan promosi secara terbuka sempena hari kekasih yang dapat dilihat ditawarkan oleh pihak tertentu.

Bila adanya kesedaran, maka kesalahan (di bawah Enakmen Jenayah Syariah) yang kita kesan berdasarkan operasi pemeriksaan dilaksanakan sempena 14 Februari ini makin berkurangan.

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Am Politeknik Port Dickson, Umi Syahidah Anuari, penganjuran Program ‘Say No To Valentine’s Day’ bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar terhadap penularan pengaruh budaya sambutan hari kekasih yang menjadi trend khususnya dalam kalangan remaja.

Matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan pelajar yang memahami ajaran Islam yang sebenar seterusnya mampu melaksanakan segala amalan dalam kehidupan seharian dengan lebih yakin. Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah proaktif bagi menjayakan hubungan kolaborasi bersama Rakan Strategik di antara PPD dengan JHEAINS dalam memperkasakan usaha dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat.

Pada program berkenaan turut dianjurkan Sembang Santai Say No To Valentine’s Day dikendalikan selebriti Man Raja Lawak, penyanyi Fynn Jamal dan pendakwah Adnin Roslin.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut