POLIS AKAN LANCAR OPERASI PATI, KENALPASTI 538 KOLONI SETINGGAN: JAUTEH

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun (tengah) berkata 538 koloni setinggan wujud di Sabah yang dijadikan penempatan bagi Pati. (Gambar: Harian Ekspres/Nora Ahmad)

 

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan melancarkan operasi dalam masa terdekat bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin (Pati) di negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau berkata pihaknya berjaya mengenal pasti sebanyak 538 koloni setinggan wujud di Sabah di mana sebahagian besarnya dijadikan penempatan bagi Pati.

“Sudah sampai waktunya untuk kita melaksanakan satu kerjasama dengan semua jabatan yang terlibat untuk operasi ini yang mana untuk PDRM sendiri, kita telah melaksanakan persiapan untuk tindakan operasi,” katanya hari ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Daily Express Sabah

 

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …