PUSAT PENGUMPULAN PADI NEGERI SEMBILAN SUDAH BEROPERASI

Pusat Pengumpulan Padi Negeri Sembilan yang terletak di Melang, Kuala Pilah sudah mula beroperasi pada Rabu sebagai usaha membekalkan beras tempatan terutama kepada penduduk di negeri ini.

Menurut Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, pusat pengumpulan itu dijangka mampu mengeluarkan kira-kira 3,100 tan metrik padi bagi dua musim.

Sesi libat urus bersama 49 pesawah dan syarikat yang dilantik bagi membeli padi dari seluruh negeri ini juga sudah diadakan pada Rabu. Beliau mahu padi yang ditanam di negeri ini dihantar ke pusat pengumpulan padi sebelum dihantar ke kilang untuk diproses.

Antara persefahaman yang wujud dengan syarikat dilantik adalah pihak itu mengumpulkan padi kemudian dihantar ke kilang untuk diproses dan dibungkus sebelum beras itu dihantar semula untuk pasaran di negeri ini. Sebelum ini, padi dari negeri ini dihantar ke kilang seperti di Selangor, Johor dan Melaka namun beras itu kemudian dijual ditempat lain, akhirnya penduduk negeri ini beli beras dari tempat lain pula.

Kerajaan mahu melihat beras menerusi hasil padi di negeri dapat dijual kepada penduduk di sini dalam tahun ini juga. Justeru, bagi menambah bekalan beras bagi penduduk di negeri ini, syarikat tersebut juga diminta menambah bekalan diantara 20 hingga 40 tan metrik pada setiap tahun.

Jika jumlah beras itu mencukupi, usaha mewujudkan beras sendiri dengan penjenamaan semula sebagai beras Negeri Sembilan dapat dilaksanakan. Dalam perkembangan lain,kerajaan negeri sedang berusaha menambah jumlah kawasan tanaman padi sehingga 1,500 hektar berbanding 1,100 hektar ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut