UNDANG-UNDANG LEBIH TEGAS, DENDA LEBIH TINGGI WAJAR UNTUK TANGANI PESALAH ALAM SEKITAR

Kerajaan negeri percaya undang-undang lebih tegas atau denda lebih tinggi wajar dikenakan ke atas pesalah alam sekitar atau pencemar sumber air bagi membendung serta membanteras kegiatan sedemikian.Ads b

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, kerajaan negeri menyokong cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) supaya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah alam sekitar.

Beliau berkata, cadangan SPAN itu wajar mengambil kira kes membabitkan pembuangan sisa terjadual ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab yang terus berlaku sehingga kini.

Katanya, kesan aktiviti itu menyebabkan sumber air tercemar sekali gus memberi kesan kepada kepentingan masyarakat dan kehidupan harian terjejas. Isu pencemaran sumber air akibat kegiatan pembuangan sisa terjadual khususnya di Negeri Sembilan terus berlaku, bukan sahaja ia menjejaskan kepentingan penduduk negeri dan berhampiran, malah penduduk negeri jiran.

Dalam setahun kadang kala sampai tiga atau empat kali berlaku aktiviti ini. Mereka melakukan aktiviti itu disebabkan hukuman ringan yang dikenakan, malah ada ketikanya terlepas daripada hukuman. Jadi perlunya suatu undang-undang lebih tegas atau denda lebih tinggi dikenakan kepada pesalah alam sekitar atau pencemar sumber air ini.

Beliau mengulas mengenai deraf cadangan SPAN supaya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dipinda, dengan pencemar sumber air dan mereka yang menyebabkan gangguan bekalan bakal berdepan denda sehingga RM15 juta berbanding hanya RM500,000 ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, turut dicadangkan hukuman penjara dinaikkan daripada 10 tahun ketika ini kepada 15 tahun. Ada juga kes pembuangan sisa terjadual yang berlaku di Negeri Sembilan bukan dilakukan pihak dari negeri ini, tetapi dari luar.

Akibat kes seperti ini, kerajaan negeri menanggung beban kerana perlu melakukan pembersihan sungai, manakala bekalan air terganggu mengakibatkan orang ramai sengsara.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut