LEMBAGA AIR PERAK SUMBANG RM65,339 UNTUK TABUNG COVID-19

Sumber Foto : FB rasmi Faizal Azumu

IPOH 11 Jun 2020  – Menteri Besar Perak , Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kakitangan Lembaga Air Perak (LAP) yang telah memberikan sumbangan berjumlah RM65,339 kepada kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Beliau menerusi Facebook rasminya Faizal Azumu turut memanjatkan doa agar Allah memberkati dan mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat semua kakitangan LAP yang sangat prihatin. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Menteri Besar semasa Mesyuarat Lembaga Air Perak yang berlangsung di Bangunan LAP hari ini.

 

Sumber berita : FB rasmi Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut