TIM ‘TASK FORCE’ PEMATUHAN PKPB

Umumnya sedia maklum bahawa, bermula pada 04 Mei 2020, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sepanjang tempoh tersebut, hampir ke semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan SOP tersebut dipatuhi, satu jawatankuasa Tim ‘Task Force’ Pematuhan PKPB di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditubuhkan. Tim tersebut dianggotai oleh pelbagai Jabatan/Agensi keselamatan, penguatkuasaan dan perkhidmatan perbandaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan membantu pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membendung penularan wabak COVID-19 melalui operasi pemantauan di lapangan terhadap pematuhan SOP contohnya seperti penjarakan sosial, penyediaan ‘hand sanitizer’ pengukuran suhu badan dan sebagainya.

      

Gambar : Ihsan daripada FB Polis Kuala Lumpur, FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan FB CIDB

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …