PERAK BERSIAP SEDIA UNTUK SESI PERSEKOLAHAN

Pengarah Kesihatan Negeri Perak menyatakan tentang SOP yang mesti dipatuhi oleh sekolah apabila sesi persekolahan bermula nanti

IPOH, 12 Jun 2020 – Selepas lebih tiga bulan ditutup akibat penularan COVID-19 kerajaan pada 10 Jun 2020 telah mengumumkan 500,444 pelajar melibatkan 2,400 sekolah seluruh negara akan kembali mengikuti sesi persekolah pada 24 Jun ini. Kumpulan pertama akan melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan peperiksaan antarbangsa yang setara.

Penjarakan sosial antara pelajar di dalam kelas turut dipatuhi oleh pihak sekolah

Pembukaan semula semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta serta institusi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang diedarkan pada 4 Jun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, Negeri Perak turut bersiap sedia bagi menghadapi sesi pembukaan sekolah ini. Satu sesi lawatan bagi meninjau persediaan persekolah  telah dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh. Lawatan ini melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, YB Tuan Haji Razman bin Zakaria, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dato Dr. Ding Lay Ming, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak, Khairul Ridzuan bin Mat Said  dan pengetua sekolah. Melalui lawatan ini pengetua sekolah telah menyampaikan taklimat tentang persediaan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menerima kemasukan pelajar sebaik sesi persekolah dibuka pada 24 Jun nanti.

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …