MASALAH AIR UMS DIJANGKA SELESAI MAC, KATA ZAMBRY

JASIN: Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, projek itu kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai bekalan air.

“UMS memerlukan kira-kira lima ke lapan juta liter bekalan air sehari. Keperluan untuk dapatkan telaga tiub ini sebagai tambahan bagi membantu sebanyak 30% (daripada jumlah keseluruhan keperluan air di UMS).

“Nak kata (masalah air dapat) selesai (secara) keseluruhan, ia perlu (campur tangan) kerajaan Sabah,” katanya di Serkam Pantai di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan enam telaga tiub dibina bagi mengatasi masalah bekalan air di UMS dengan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud dilaporkan berkata, projek pembinaan empat telaga tiub sedang dilaksanakan dua kontraktor yang kini dalam fasa penggerudian.

Zambry berkata, pengurusan universiti perlu peka dengan sebarang masalah yang berlaku di institusi pendidikan mereka kerana ia melibatkan kebajikan pelajar.

“Saya tahu mereka (UMS) menghadapi masalah besar dan berpanjangan sejak 2021. Seharusnya universiti menjadikan ia keutamaan (untuk menyelesaikan masalah air tersebut). Alasan tak ada peruntukan, mereka boleh maklumkan kepada kerajaan untuk selesaikan.

“Saya elak untuk letak tuduhan, menyalahkan (pengurusan universiti). Saya nak kita bekerja untuk selesaikan masalah.”

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : BERNAMA

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ANGGOTA PPM CEDERA TERKENA TEMBAKAN DI POS PENGAWAL MARIN

DZULBAHARIN LAHAD DATU: Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berpangkat Lans Koperal cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos …

70 LOT KEDAI PAKAIAN ‘BUNDLE’ MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

MUSNAH: Deretan lot kedai pakaian ‘bundle’ di kawasan berkenaan musnah dalam kebakaran. TAWAU: Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian ‘bundle’ …

JKDM SABAH TUMPAS SEMBILAN KES SELUDUP MINUMAN KERAS RM4.15 JUTA

SIDANG MEDIA: Sebahagian minuman keras yang dirampas semasa operasi dijalankan JKDM Sabah.  KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …