MAIS LANCAR PELAN ANTIRASUAH, CEGAH SALAH LAKU TERMASUK DI MASJID

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan pelan antirasuah 2024-2026 dengan menggariskan lima bidang utama bagi membentuk warga kerja berintegriti.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan pelan tersebut meliputi pengurusan pentadbiran, perolehan, projek, agihan dan sumbangan baitulmal untuk menyokong agenda terbabit.

Beliau berkata rancangan yang menekankan pencegahan rasuah dalam agensi Islam terutama seluruh warga Mais dan anak syarikat turut melibatkan institusi masjid, surau dan sekolah agama.

“Justeru, saya menyeru pelan ini dipatuhi semua dalam memastikan institusi agama Islam di Selangor sentiasa cekap, telus dan berintegriti.

“Saya menegaskan peningkatan kawalan aspek pengauditan serta risiko dalaman dan luaran bagi memastikan kredibiliti dan integriti organisasi sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perutusan pengerusi Mais 2024 dan pelancaran pelan antirasuah di Dewan Syarahan dan Muzakarah di Masjid Negeri di sini hari ini.

Mais turut menyampaikan sumbangan RM300,000 kepada Universiti Islam Selangor, Maahad Tahfiz Islam Selangor Alam Impian (RM100,000) dan Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (RM98,423).

Turut menerima sumbangan ialah Jabatan Mufti Selangor (RM50,000), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (RM50,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Agama Menengah Parit Baru (RM10,000) dan Sekolah Rendah Agama An-Nur Kanchong Tengah (RM10,000).

Sumbangan menggunakan peruntukan baitulmal ini bertujuan membantu melancarkan operasi dan aktiviti pengimarahan Islam khususnya di Selangor.

 

Artikel/Berita Terkini

SPRM SABAH SYOR PENAMBAHBAIKAN TATAKELOLA PROJEK PEMBINAAN

SYOR: Mohd Fuad menyerahkan dokumen syor penambahbaikan tatakelola berkaitan pengurusan projek pembinaan di negeri ini. KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah …

ANGGOTA PPM CEDERA TERKENA TEMBAKAN DI POS PENGAWAL MARIN

DZULBAHARIN LAHAD DATU: Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berpangkat Lans Koperal cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos …

70 LOT KEDAI PAKAIAN ‘BUNDLE’ MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

MUSNAH: Deretan lot kedai pakaian ‘bundle’ di kawasan berkenaan musnah dalam kebakaran. TAWAU: Kira-kira 70 lot kedai menjual pakaian ‘bundle’ …