POLIS TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KAD PRABAYAR DIDALANGI WARGA CHINA

Satu sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang beroperasi di daerah ini dan didalangi oleh warganegara China berjaya ditumpaskan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pada 3 Januari lalu, pihaknya melalui serbuan di dua lokasi berbeza di daerah ini berjaya menahan dua individu warga China berkenaan serta merampas pelbagai barangan bagi tujuan penipuan.

Menurutnya, antara barangan yang dirampas adalah set komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenama, 104 unit kotak sim, kad sim dan pemacu pena ‘dongle’.

Siasatan polis mendapati sindiket ini terlibat dalam kegiatan penipuan pendaftaran kad prabayar (simkad) secara tidak sah yang menyasarkan pelanggan di negara Hong Kong.

Kumpulan ini juga disyaki berperanan sebagai pembekal kad prabayar secara dalam talian kepada ahli sindiket lain untuk digunakan bagi tujuan penipuan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …