21 KAUNTER PENDAFTARAN PADU DIBUKA DI NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 21 kaunter untuk pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka di seluruh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di negeri ini termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban sejak Selasa lalu.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan, Yuslianah Yusof, ia bagi memudahkan orang ramai membuat pendaftaran PADU sekiranya mereka masih belum memahami mengenainya. Pihak kami akan membuka secara berfasa dan fasa pertama sedang berjalan yang mana telah dibuka di 19 kaunter di PEDi, di UTC Seremban dan Wisma Persekutuan. Ia beroperasi bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 5.30 petang dan ada pegawai ditugaskan untuk membantu.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa hari dibuka, ada PEDi yang mendapat sambutan dan ada juga yang perlahan kemungkinan masih belum mengetahuinya. Orang ramai tidak perlu bimbang untuk mendaftar PADU dan segala maklumat mereka adalah sulit.

Ada beberapa maklumat yang mereka perlu bawa semasa proses mengemas kini di kaunter bantuan PADU antaranya maklumat bank, maklumat pendapatan dan maklumat komitmen selain kad pengenalan serta salinan kad pengenalan.

Bagi yang masih ragu-ragu mengenainya, boleh datang ke kaunter disediakan untuk bertanya lebih lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut