AKADEMI TARANUM NEGERI SEMBILAN BAKAL LAHIR QARI, QARIAH TERBAIK

SEREMBAN: Sebuah Pusat Akademi Tarannum Negeri Sembilan (AKTAR) akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memantapkan bacaan al-Quran semua golongan masyarakat serta melahirkan qari terbaik di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, AKTAR sebenarnya telah bermula pada tahun 2000 di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berhasrat menyediakan satu pusat khusus untuk mereka yang ingin membaca al-Quran secara taranum di Paroi, Seremban.

Dengan penubuhan pusat AKTAR ini, diharap dapat diperluaskan (taranum) bukan sahaja untuk golongan dewasa tetapi anak-anak muda bagi melatih mereka membaca al-Quran dengan baik seterusnya mewakili Negeri Sembilan (sebagai qari dan qariah) pada masa akan datang.

Menurutnya lagi, selain bidang akademik, menjadi sasaran kerajaan negeri untuk melahirkan anak-anak muda celik al-Quran terutama selepas peringkat sekolah rendah atau darjah enam. Beliau turut menyambut baik Program ‘Fast Track’ Celik Al-Quran dan bersetuju diteruskan bagi memastikan anak-anak mendapat bimbingan yang betul bagi mengelakkan mereka gagal membaca al-Quran pada masa hadapan.

Membetulkan (bacaan al-Quran) ini sangat baik dilakukan di peringkat sekolah rendah supaya mereka menjadi ‘insan kamil’ yang mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Program ‘Fast Track’ Celik Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 melibatkan 300 murid bermula pada 4 Julai hingga 7 Julai anjuran Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PIKU) dan MAINS.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …