PROGRAM MADANI KITA: MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT @ BEAUFORT, SABAH

BEAUFORT, Program MADANI Kita: “Memaknai Harapan Rakyat” telah berlangsung dengan meriah di Dewan Pa’Musa dan Dataran Bagandang, Beaufort, Sabah. Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah turut mengambil bahagian dengan menyediakan pameran keselamatan, kuiz keselamatan serta perkhidmatan pendaftaran MyDigital ID bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan negara dan kepentingan identiti digital.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti, antaranya Jualan Rahmah MADANI, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi kerajaan, sukaneka rakyat dan persembahan pentas.

Penyertaan MKN Negeri Sabah diharap dapat memperkukuh kesedaran masyarakat bahawa keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM MADANI KITA: MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT @ BEAUFORT, SABAH

BEAUFORT, Program MADANI Kita: “Memaknai Harapan Rakyat” telah berlangsung dengan meriah di Dewan Pa’Musa dan Dataran Bagandang, Beaufort, Sabah. Program …

AKPS PERKENAL HOLOGRAM DI KLIA TERMINAL 1, BANTU PENGEMBARA DAPATKAN MAKLUMAT KETIBAAN

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membangunkan teknologi hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa …

KENDERAAN TIDAK DISELENGGARA, TAYAR MENJADI RISIKO!

Jalan basah, tayar bermasalah — risiko kemalangan meningkat! Tayar merupakan komponen penting yang menentukan cengkaman dan kestabilan kenderaan, khususnya ketika …