JBPM NEGERI SEMBILAN KENAL PASTI DUA ‘HOTSPOT’ KEJADIAN KEPALA AIR

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan mengenal pasti dan mengambil langkah berjaga-jaga di dua lokasi kawasan rekreasi terkenal di negeri ini yang berisiko berlakunya kepala air.

Menurut Pengarahnya, Abdul Khair Osman, dua lokasi berkenaan adalah kawasan Taman Eko Rimba Ulu Bendul di Kuala Pilah dan Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu.

Dua lokasi berkenaan amat popular dan sering dikunjungi orang ramai dari dalam dan luar negeri ini pada hujung minggu. Setakat ini di Jeram Toi tiada kejadian kepala air yang meragut nyawa malah ia sudah tidak beroperasi ketika ini manakala di Ulu Bendul telah mengorbankan tiga mangsa pada tahun 2011.

Sebagai langkah persediaan, pihak bomba telah menjalankan rondaan berkala iaitu pada musim perayaan dan cuti umum di kawasan-kawasan berisiko tersebut. Pihak bomba juga telah bersedia dengan latihan penyelamatan arus deras kepada anggota penyelamat atau dikenali Swiff Water Rescue. Selain itu, turut diadakan kempen kesedaran berkenaan keselamatan di air kepada orang ramai.

Bomba juga turut bekerjasama dengan rakan strategik iaitu pihak pengurusan kawasan rekreasi dan agensi yang terlibat bagi memudahkan urusan penyelamatan dilakukan sekiranya berlaku kejadian kepala air.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti perkhemahan agar sentiasa mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini.

Sekiranya cuaca mendung atau hujan elakkan berkunjung ke kawasan tersebut. Selain itu, orang ramai perlu mengelakkan mandi di kawasan yang jauh daripada pandangan orang ramai atau berada terlalu tinggi dan berdekatan air terjun.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut