TAMBAHAN 11 PEDI DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN: Sebanyak RM2 juta peruntukan tambahan setahun disediakan pihak Kementerian Komunikasi dan Digital bagi pembinaan dan pengoperasian 11 buah lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Negeri Sembilan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, proses pembinaan PEDi berkenaan sedang dilaksanakan ketika ini iaitu di Ampangan, Sikamat, Temiang, Johol, Kuala Pilah, Seri Menanti, Bukit Kepayang, Mambau, Rahang, Seremban Jaya dan Chuah.

Beliau dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pada waktu ini terdapat 51 PEDi di seluruh Negeri Sembilan,  ada 11 buah lagi akan dibina dengan implikasi kewangan kepada SKMM sebanyak RM2 juta setahun.

Tambah beliau, SKMM kini dalam proses bagi menjalankan aktiviti PEDi di lokasi sementara bagi memastikan komuniti setempat menikmati kemudahan perkhidmatan PEDi. Sebanyak 1,878 Komuniti Madani telah ditubuhkan di seluruh negara dan 108 daripadanya adalah di Negeri Sembilan yang melibatkan 36 kawasan DUN.

Komuniti MADANI merupakan badan sukarela terdiri daripada pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia untuk menyalurkan informasi yang tepat dan sahih serta menyebar luas inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ke peringkat akar umbi secara berterusan.

Komuniti MADANI juga berfungsi sebagai platform untuk menjelaskan dan menangani isu, fitnah dan berita palsu justeru kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan aktif masyarakat melalui Komuniti Madani untuk menyampai dan menjelaskan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN NEGERI USAHA TAMBAH BAIK PELAKSANAAN SUBSIDI DIESEL DI SABAH

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang mengadakan libat urus bersama Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan berkaitan bagi mempertimbangkan …

LAPAN PELAJAR DIREMAN, DAKWAAN VIDEO AI CETUS PERGADUHAN

PROSIDING: Lapan Pelajar Diiring Keluar Dari Mahkamah Majistret Tawau Selepas Prosiding Permohonan Reman Bagi Membantu Siasatan Kes Pergaduhan. TAWAU: Lapan …

JBPM SIAP SIAGA HADAPI FENOMENA EL NINO

SERAH: Penyerahan surat pelantikan Pegawai Pemantauan Kebakaran Terbuka Komuniti bagi daerah Tuaran, Putatan, Penampang, Lintas dan Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: …