LIBAT URUS SUK KEDAH BERSAMA MKN, JPM

Sesi libat urus Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bersama Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah diadakan pada 4 April yang lepas bertempat di Wisma Darul Aman bagi membincangkan projek berkaitan penzahiran kedaulatan negara di negeri Kedah.

Sesi libat urus ini antara lain berupaya meningkatkan komunikasi strategik di antara MKN bersama Kerajaan Negeri terutamanya dalam merangka dan menguruskan aspek keselamatan di negeri Kedah. Hadir mewakili MKN, JPM pada sesi ini ialah Pengarah, Bahagian Pembangunan Keselamatan (BPK), Tuan Ir. Rudy bin Amir, Ketua Penolong Pengarah BPK, Encik Khaiful bin Razak, dan Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kedaulatan Maritim (BKKM), Dr. Abdul Rashid bin Abdul Hamid. Turut hadir Pegawai Daerah Kubang Pasu, Encik Muhammad Mahazi bin Haji Ibrahim dan Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Abdul Ghaffar bin Yahya.

Inisiatif pertemuan kedua-dua pihak ini diharapkan akan dapat mengekalkan kerjasama baik yang sekian lama terjalin dan sinergi sebegini menggambarkan kesungguhan kedua pihak dalam menitikberatkan aspek keselamatan dalam setiap hal dan perancangan.

SUK Kedah
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Norizan mempengerusikan mesyuarat.

 

SUK Kedah
Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato’ Abdul Ghaffar bin Yahya menerangkan sesuatu kepada ahli mesyuarat.

 

SUK Kedah
Delegasi MKN, JPM bergambar kenangan bersama YB Dato’ Haji Norizan

Artikel/Berita Terkini

TANDA DAN GEJALA MPOX

Peka terhadap gejala mpox adalah langkah awal untuk mencegah penularan penyakit ini. Apabila anda tahu gejala mpox; maka anda lebih …
Maklumat Lanjut

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL

Berikut dikongsikan tips penjagaan kesihatan mental yang boleh diamalkan untuk menjamin kesejahteraan pada masa hadapan. Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia …
Maklumat Lanjut

14 DARIPADA 36 TAPAK TAMU DESA DI SABAH SIAP SEPENUHNYA

KOTA KINABALU: 14 daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi Fasa 1 siap sepenuhnya pada bulan lepas. Menteri …
Maklumat Lanjut