BAGAIMANA CARA MENENTUKAN ANAK BULAN?

Penentuan anak bulan Aidilfitri merupakan suatu proses yang penting dalam agama Islam. Penentuan ini dilakukan dalam rangka menentukan hari Raya Aidilfitri atau permulaan Ramadan. Proses penentuan ini dilakukan oleh para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan berbagai kaedah iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop bagi proses pengamatan Hilal.

Hilal atau anak bulan merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Anak bulan akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap atau new moon. Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita melihat anak bulan untuk menentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan.

“Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787)

Terdapat tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijah iaitu pertama, ‘rukyah’ iaitu mencerap anak bulan semata-mata. Kedua, ‘hisab falak’ iaitu kiraan hari semata-mata dan ketiga, ‘rukyah dan hisab’ dengan menggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan. Malaysia adalah salah sebuah negara yang mengamalkan praktis penentuan awal bulan melalui kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur rukyah. Justifikasi pemilihan kaedah tersebut adalah sebagai penyelesaian jalan tengah yang dilihat lebih hampir kepada kehendak syarak.

Kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam pada akhir bulan ‘qamariah’ berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya. Kriteria imkanur rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal Bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan dua ketetapan iaitu pertama; ketinggian hilal tidak kurang dari 5° ketika matahari terbenam. Kedua; jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang daripada 8° ketika matahari terbenam.

Secara rasmi yang diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Raja-Raja Malaysia adalah tiga bulan sahaja, iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijah. Pihak berautoriti bertanggungjawab menyusun dan menyemak Takwim Hijrah yang diguna pakai agar betul dan tepat dengan peredaran bulan sebenar. Demikianlah, kaedah praktis penentuan anak bulan yang dilaksanakan pada setiap 29 haribulan hijrah oleh pihak berautoriti di Malaysia melalui Jabatan Falak di Pejabat Mufti setiap negeri dengan sinergi pakar dalam bidang astronomi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi.

 

Artikel/Berita Terkini

GANGGUAN IT: LIMA AGENSI KERAJAAN, SEMBILAN SYARIKAT SWASTA TERJEJAS

Kementerian Digital memaklumkan sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) pada 19 …
Maklumat Lanjut

PENGENDALI WHATSAPP DAN TELEGRAM PERLU BERTANGGUNGJAWAB TANGANI JENAYAH DALAM TALIAN

PENGENDALI WHATSAPP DAN TELEGRAM PERLU BERTANGGUNGJAWAB TANGANI JENAYAH DALAM TALIAN Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, isu-isu melibatkan dua platform …
Maklumat Lanjut

MANFAAT PEKA B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk …
Maklumat Lanjut