OPERASI TAPIS BERSEPADU JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) BIL. 03/2023 DAN KES MENARIK PERHATIAN DI BAWAH SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

KOTA BHARU – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan berjaya mengagalkan tindakan dua lelaki membawa bekalan dadah kepada 18,000 penagih di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas pada Ahad.

Kedua-dua lelaki yang juga penganggur berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan pada jam 4.15 pagi dan salah seorang daripada mereka merupakan warga Thailand.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Bin Hj Harun berkata, semasa pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki mereka membawa kepada penemuan satu plastik warna ungu. Di dalamnya terdapat empat bungkusan kertas warna coklat disyaki berisi pil yaba berjumlah 18,000 biji bernilai RM180,000.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan serta Lembah Klang,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini pada Selasa. Menurut beliau, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin untuk siasatan lanjut.

PDRM Kelantan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus berusaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Negeri Kelantan. PDRM berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka.

Sumber daripada : Facebook Polis Kontinjen Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …