Program Tinjauan Keselamatan Di Pos Tebing Runtuh, Iskandar Puteri Anjuran MKN Negeri Johor

ISKANDAR PUTERI, 29 Mac 2023 – Satu sesi tinjauan keselamatan dan pemantauan aktiviti serta aset Angkatan Tentera Singapura (ATRS) telah diadakan di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura di Pos Tebing Runtuh, Iskandar Puteri. Lawatan berkenaan diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dan tahap kesiapsiagaan di kawasan sempadan dengan mempergiat kawalan keselamatan serta operasi secara bersepadu di kalangan agensi keselamatan. Ketibaan warga MKN Johor di Pos Tebing Runtuh telah disambut oleh Mejar Kamaruddin bin Hamzah, Ketua U Bateri 34 Rejimen Artilleri DiRaja. Beliau turut menyampaikan taklimat pengoperasian Op MERPATI 1 yang meliputi maklumat operasi, kekuatan anggota dan isu pengurusan kem. Selesai sesi taklimat, para pegawai MKN Johor turut berkesempatan melakukan tinjauan ke atas aktiviti dan aset ATRS Singapura yang membuat rondaan di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura. Selesai sesi tinjauan, MKN Johor bersama-sama dengan anggota keselamatan Pos Tebing Runtuh turut bergotong-royong memasak bagi juadah berbuka puasa. Selain dapat berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengeratkan ukhuwah silaturrahim, program ini juga merupakan salah satu penghargaan dan kerjasama strategik di antara MKN Johor dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat secara langsung dalam mengawal ketenteraman awam dan keselamatan di Negeri Johor.
May be an image of 6 people and headscarf
May be an image of 7 people, people standing and outdoors
May be an image of 2 people, food and outdoors
May be an image of 6 people, people sitting, people standing and military uniform
May be an image of 6 people, people standing and people sitting
May be an image of 9 people, military uniform and outdoors
May be an image of 3 people, people standing, military uniform and outdoors
No photo description available.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …