30 TAPAK SAMPAH HARAM DIKESAN DI NEGERI SEMBILAN SEJAK JANUARI

SEREMBAN – Sebanyak 30 kawasan tompok panas (hot spot) pembuangan sampah haram dikesan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan bagi tempoh tiga bulan sejak Januari lalu.

Pengarahnya, Siti Yusnita Mohamad Yusof berkata, kawasan di Majlis Bandaraya Seremban merupakan lokasi tertinggi hotspot sampah haram dengan kebanyakan sampah berkenaan dilonggokkan di tempat sunyi dan bangunan terbiar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Biasanya aktiviti itu tertumpu di kawasan perindustrian, tanah persendirian dan laluan taman perumahan yang sunyi dan terbiar dengan jenis sisa yang sering dibuang termasuk sisa komersial seperti plastik, kotak dan perabot lama selain sisa binaan.

Justeru, beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan berkenaan mengikut Seksyen 71 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Menurutnya, sehingga hari ini, sebanyak 13 kes bagi kesalahan pembuangan sampah haram telah dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan dengan denda sebanyak RM10,000 hingga RM25,000.

SWCorp sentiasa membuat pemantauan di lokasi hotspot dan mengambil tindakan segera termasuk membuat siasatan, membersihkan kawasan tersebut, memasang pita dan banner larangan membuang sampah secara haram.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama penduduk setempat untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara itu kepada SWCorp bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku sekali gus menjaga imej negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jumlah sisa isi rumah yang dikutip syarikat konsesi dan dilupuskan di tapak pelupusan sejak awal Ramadan sehingga 30 Mac lepas adalah 5,437 tan di negeri tersebut.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …