PAWANA RAMADAN: TAZKIRAH RUKUN IMAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

Rukun iman merupakan tonggak akidah yang menjadi asas dan sendi kepercayaan umat Islam. Ia terbahagi kepada enam perkara, iaitu:

  1. Beriman kepada Allah S.W.T.: Ia merujuk kepada keyakinan dengan sepenuh hati tentang kewujudan Allah yang esa tanpa ada perasaan syak atau keraguan.
  2. Beriman kepada para malaikat: Ia merujuk kepada percaya akan wujudnya malaikat. Ada sepuluh nama malaikat dan tugasnya yang harus diketahui iaitu: Jibril iaitu malaikat yang menyampaikan wahyu, Mikail iaitu malaikat yang menurunkan rezeki, Israfil iaitu malaikat peniup sangkakala atau terompet pada hari kiamat, Malaikat Maut iaitu malaikat pencabut nyawa makhluk, Raqib dan Atid iaitu malaikat yang mencatat amalan baik dan jahat manusia, Munkar dan Nankir iaitu malaikat yang menanyakan soalan di alam barzakh dan dua malaikat terakhir, iaitu Malik dan Ridzwan yang ditugaskan menjaga neraka dan syurga.
  3. Beriman kepada kitab-kitab: Ia merujuk kepada keyakinan dan pengakuan dengan sepenuhnya bahawa kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. adalah kalam Allah s.w.t. yang hakiki, semua isi kandungannya adalah hak, benar dan adil. Kitab-kitab yang harus diketahui ada empat buah, iaitu al-Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s., al-Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.; al-Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dan yang terakhir al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di samping kitab-kitab berkenaan, Allah s.w.t. turut menurunkan suhuf-suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.. Semua hukum yang terdapat dalam al-Quran adalah wajib untuk umat Islam mengikutinya. Sekiranya terdapat percanggahan dalam kitab selain dari al-Quran dengan syariat Islam, ia tidak boleh diamalkan. Ia bukan kerana kitab berkenaan menetapkan satu hukum yang batil, sebaliknya ia merupakan sesuatu yang hak dan terpakai pada zaman ia diturunkan.
  4. Beriman kepada para Rasul: Ia merujuk kepada keyakinan dan pengakuan dengan sepenuhnya bahawa para rasul telah diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada manusia sebagai penunjuk jalan membimbing manusia ke jalan yang diredhaiNya. Terdapat 25 orang nabi lagi Rasul yang wajib diimani oleh seorang Muslim iaitu Nabi Adam a.s., Nabi Idris a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Salih a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Luth a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Ishaq a.s., Nabi Ya’akub a.s., Nabi Yusuf a.s., Nabi Ayub a.s., Nabi Syu’aib a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s., Nabi Zulkifli a.s., Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi Ilyas a.s., Nabi Ilyasa’ a.s., Nabi Yunus a.s., Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Beriman kepada hari akhirat: Ia merujuk kepada keyakinan akan kewujudan hari kehancuran seluruh alam semesta dan kebangkitan semua yang kekal abadi untuk menerima pembalasan sama ada syurga atau neraka Perkara-perkara yang mempunyai hubung kait dengannya ialah kepercayaan kepada wujudnya kematian, seksaan alam kubur, hari kebangkitan selepas kematian, hari pengadilan, lintasan titian Sirathul Mustaqim, pembalasan syurga dan pembalasan neraka.
  6. Beriman kepada qada’ dan qadar: Qada’ dan qadar bermaksud, seluruh kehidupan manusia dan perjalanan alam di atas muka bumi ini hakikatnya adalahdi bawah ketentuan Allah s.w.t. Sungguhpun begitu, manusia wajib berusaha ke arah kebaikan dengan diiringi doa dan diakhiri dengan tawakkal. Seseorang yang beriman akan menerima semua takdir dengan jiwa yang tenang dan tenteram. Malah, dia percaya bahawa di sebalik alam yang nyata itu, ada kekuasaan ghaib yang lebih perkasa iaitu kekuasaan Allah s.w.t.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut