PAWANA RAMADAN: TAZKIRAH RUKUN ISLAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2:

KESTABILAN SOSIO POLITIK (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

Rukun Islam ada lima perkara sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dari Abu Abdal-Rahman Abdullah Ibn Umar radiyallahu anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Didirikan Islam atas 5 (rukun): Syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji di Baitullah, dan puasa di bulan Ramadan” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim.

Seseorang Muslim diwajibkan menghayati dan berpegang teguh kepada kelima-lima Rukun Islam, mengikut turutan berikut:

  1. Melafazkan dua kalimah syahadah: Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, iaitu ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah’, ia menunjukkan bahawa beliau telah membuat satu perisytiharan dan pengakuan keimanannya kepada tauhid dan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Kalimah ini juga merupakan kunci pintu masuk kepada agama Islam secara sah.
  2. Mendirikan solat: Semua orang Islam yang akil baligh dan waras wajib menunaikan solat lima waktu iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan: Berpuasa dari sudut istilah bermaksud meninggalkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Syarat wajib berpuasa bagi Muslim ialah beragama Islam, baligh, berakal dan bebas dari uzur Syarie
  4. Membayar zakat: Zakat dari segi istilah bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa zakat diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syaratnya berdasarkan dalil-dalil daripada nas-nas al-Quran dan al-Hadis.
  5. Menunaikan haji: Haji dari sudut istilah bermaksud menuju ke tempat-tempat yang khusus (iaitu Baitullah Al-Haram dan padang Arafah) pada waktu yang dikhususkan bagi melaksanakan amalan-amalan khusus seperti wuquf di padang Arafah, tawaf, sai’e dengan pematuhan terhadap syarat-syarat yang tertentu. Hukum menunaikan haji ialah wajib ke atas setiap orang Islam sekali seumur hidup apabila telah cukup syarat wajibnya.

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut