KPDN KELANTAN SITA 595 KILOGRAM MINYAK MASAK BERSUBSIDI UNTUK DISELEWENG

TUMPAT: Operasi Bersepadu telah berjaya merampas kira-kira 595 kilogram minyak masak bersubsidi yang dibawa tanpa kebenaran dalam sebuah kereta di Kg. Telaga Bata, Tumpat, Kelantan pada 3 April 2023.
Hasil maklumat risikan, KPDN Kelantan telah mengesan pergerakan sebuah kenderaan dari Kota Bharu menuju Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan tersebut. Pasukan operasi telah mengekori kenderaan tersebut dari bulatan Pasir Pekan menuju Wakaf Bharu, Tumpat dan kenderaan tersebut menemui jalan buntu, seterusnya saspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran tanpa dikesan.
Pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak masak bersubsidi dalam beberapa kotak sebanyak 595 kilogram didalam kereta yang disyaki tersebut. Sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1,487.50 dan sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna putih berpendaftaran tempatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 10,000.00.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.
Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan sentiasa mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Ops Tiris dan Pemantauan Rondaan Pencegahan Penyelewengan Subsidi di sekitar sempadan negara dari masa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …