PROGRAM GERAK RAHMAH ‘JOM MASAK BUBUR LAMBUK’ BERSAMA KRT LEREH MERIAH

Program Gerak Rahmah ‘Jom Masak Bubur Lambuk’ anjuran Kementerian Perpaduan Negara yang diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 1 April 2023 adalah pendekatan untuk mengeratkan silaturrahim antara semua kaum dan agama di negara ini. Selain itu, ia bagi menggerakkan komuniti KRT di seluruh negara secara bersepadu dan menyeluruh untuk melaksanakan Program Gerak Rahmah di peringkat komuniti masing-masing serta memperkasa dan memperkukuhkan lagi peranan KRT dalam komuniti.
Program ini merupakan siri ketiga dalam Program Gerak Rahmah. Di negeri Melaka, program ini diadakan di Kawasan Rukun Tetangga Rumah Pangsa Lereh, Tanjung Kling. Seramai 25 KRT melibatkan 200 orang yang turut serta dalam program di Kawasan Rukun Tetangga Rumah Pangsa Lereh yang berlangsung dari 11.00 pagi.
Aktiviti dimulakan dengan memasak bubur lambuk dan bubur pulut hitam. Selain itu pameran agensi melibatkan AADK, PDRM dan KOSPEN turut diadakan. Kuih lidah buaya dan murukku dimasak dalam slot demonstrasi kuih raya silang budaya. Antara pengisian lain adalah demostrasi anyaman ketupat dan pertandingan menghasilkan kad raya berkeluarga. Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka turut bekerjasama dalam program ini dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka yang merupakan rakan strategik dengan menyumbang dalam pemberian Bakul Rahmah kepada 30 orang penduduk yang kurang berkemampuan.
Ini selaras dengan nilai teras keselamatan negara yang ke-6 iaitu memberi kesedaran konsep keselamatan menyeluruh yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menuntut setiap pihak dalam mengambil tanggungjawab bersama bagi memelihara keadilan sosial.
Program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menjadikan acara memasak bubur lambuk sebagai tapak integrasi untuk memupuk semangat permuafakatan dan muhibah antara masyarakat pelbagai kaum.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …