LELAKI BERSAMA 560 KG KETUM DITAHAN POLIS KELANTAN

JELI: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun pada Khamis lalu.
Suspek merupakan penganggur berumur 25 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi semasa membuat rondaan Op Tapis. Suspek ditahan ketika cuba melarikan dari dari sekatan polis.
Polis menemui 56 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum seberat 560kg yang bernilai kira-kira RM5,680, serta 1,000 milliliter (ml) air ketum dan 100ml ubat batuk di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta
Saari berkata suspek yang memiliki dua rekod lampau termasuk satu berkaitan daun ketum, didapati mengambil upah membawa bahan terlarang itu yang diperoleh dari Sik, Kedah, untuk dipasarkan di Tanah Merah.
Suspek yang positi dadah jenis methamphetamine kini direman empat hari bermula Khamis.

Sumber – BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …