APMM KELANTAN TAHAN 4 BOT DAN 31 NELAYAN VIETNAM

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada 20 (Isnin) dan 22 (Rabu) Mac lepas.
Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.
Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang.
Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong.
Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua bot ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA-CHONGQING TEROKA POTENSI KERJASAMA PENGURUSAN BANDAR MAMPAN

Ayer Keroh – Melaka terus memperkukuh hubungan strategik dan kepakaran bersama rakan antarabangsa menerusi lawatan kerja teknikal ke Bandar Chongqing, …

DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK

Machap Jaya – Bermula dengan hanya ‘langkah kecil’ meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah di Felda …

SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU

Durian Tunggal – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program baharu bagi …