DASAR KESELAMATAN NEGARA DAN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

SHAH ALAM- Pada 24 Mac 2023 bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor, Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) telah menjayakan program Iftar Ramadhan bersama 150 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai jurusan pelajaran. Selain aktiviti Iftar, para pelajar,  juga telah diberikan pendedahan mengenai Dasar Keselamatan Negara yang disampaikan oleh En. Mohd Yusri bin Yusof dari National Strategic Centre  (NASTRAC) MKN JPM.

Turut menjayakan sesi perkongsian ini adalah DSP Mohd Hanif bin Yusoff Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat mengenai jenis-jenis penipuan dalam talian.  Ucapan terima kasih turut diberikan kepada Pengarah KMS Tuan Abu Mansor bin Sathri yang sudi meluangkan masa bersama-sama di dalam penganjuran program yang diadakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …