KEMPEN “EARTH HOUR”, JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU BERGELAP SEJAM

Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau turut dikenali sebagai Drawbridge telah bergelap selama sejam selaras dengan menyahut kempen Earth Hour yang bertemakan ‘Invest On Our Planet’ pada 25 Mac baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Awasi Mohamad, lampu yang menerangi di sepanjang jambatan ikonik Terengganu itu telah dipadamkan bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Kempen Earth Hour merupakan kempen positif yang wajar disokong dan berharap usaha ini dapat mengekalkan kelestarian alam sekitar terutama dalam mengurangkan impak perubahan iklim di negeri ini.

Selain itu, Earth Hour adalah kempen global yang menyatukan komuniti di seluruh dunia bagi melindungi alam ini dengan menggalakkan orang ramai menutup lampu satu jam sebagai isyarat simbolik perpaduan bagi meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kesan alam sekitar daripada penggunaan tenaga.

Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan mencabut soket elektronik apabila tidak digunakan bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan gunakan mentol lampu serta peralatan yang cekap tenaga bagi penjimatan elektrik.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …