MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN DAN SIFAR PLASTIK SEKALI GUNA BAZAR RAMADAN 2023

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan dan Sifar Plastik Sekali Guna Bazar Ramadan 2023 bertempat di Taman Tasik Permaisuri pada petang semalam.

Dengan adanya kempen keselamatan makanan ini, pemantauan kualiti dan keselamatan makanan yang dijual dan disajikan di Bazar Ramadan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sentiasa dipantau oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dan secara tidak langsung dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pelanggan melalui pengambilan sampel makanan dan tindakan penguatkuasaan.

Manakala Kempen Sifar Plastik Sekali Guna di Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di Kuala Lumpur dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat kerajaan agar Malaysia Sifar Plastik Sekali Guna 2030.

Pengunjung Bazar Ramadan dan Aidilfitri digalakkan membawa sendiri bekas dan beg guna semula semasa membeli belah.

Larangan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap penjaja yang menjual barangan dan menggunakan beg plastik, straw plastik dan bekas polistirena.

Turut hadir bersama di dalam masjlis tersebut adalah YBhg Datuk Hj. Azmi bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL.

#KLBandarUntukSemua

#ImarahRamadan

#bandarmampanbandarsejahtera

#UnityInDiversity

#StrongerTogether

#DemiPertiwi

#MalaysiaBersihIndahSejahtera

#WilayahPersekutuanTheHeartOfMalaysia

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut