RAKYAT TERENGGANU AKAN MENIKMATI LIPUTAN INTERNET LEBIH BAIK DIBAWAH INISIATIF JENDELA

Dalam inisiatif JENDELA yang telah dimulakan pada tahun 2020, Negeri Terengganu menjadi negeri terawal berbanding negeri lain di seluruh negara yang menunjukkan perkembangan positif. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu, perkara ini terbukti dengan pengoperasian menara telekomunikasi lebih awal berbanding sasaran yang telah ditetapkan.

Daripada 65 buah menara baru dalam inisiatif ini, sebanyak 46 menara telah diserahkan bagi tujuan kerja pengoperasian. Garis masa JENDELA terbahagi kepada dua bahagian iatu bahagian satu dan dua. Bahagian satu dijangka siap pada Oktober 2022 dan Bahagian dua pula adalah proses penyediaan peralatan bagi operasi dalam Julai 2023

Menara komunikasi tersebut beroperasi secara ‘Multi Operator Core Network’ (MOCN) dengan kerjasama Theta Edge Berhad, CelcomDigi, Terengganu Communications Sdn Bhd (TCOMM) dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT). Sehingga kini, capaian komunikasi di negeri ini telah mencapai sekitar 97.4 peratus berbanding 96 peratus sebelum ini dengan jaminan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mengatasi masalah liputan di seluruh Terengganu sekaligus menepati teras dalam Dasar KEselamatan Negara iaitu Teras 5 : Keutuhan Ekonomi (Infrastruktur Digital) dan Teras 6 : Keadilan Sosial (Pengurusan Jurang Digital). 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …