LAWATAN WAQAF AN-NUR CORPORATION KE TAPAK PROGRAM AGROPRENEUR MAIWP

MAIWP telah menerima lawatan kerja daripada Waqaf An-Nur Corporation di Tapak Program Agropreneur MAIWP.

Delegasi Waqaf An-Nur adalah seramai lapan orang diketuai oleh YBrs. Tuan Hj. Bukhari Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf An-Nur. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Saifuddin bin Haji Md Tahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP serta enam orang pegawai MAIWP.

Lawatan ini adalah bertujuan bagi melihat dengan lebih dekat proses dan pelaksanaan MAIWP dalam membantu asnaf memasarkan hasil tuaian tanaman seperti kangkung, sawi, salad bayam dan kailan hidroponik kepada pihak berkaitan. Delegasi telah dibawa berkunjung di lokasi tapak program hidroponik yang terletak di PPR Seri Alam.

Seterusnya delegasi dibawa melawat ke tapak Program Fertigasi MAIWP iaitu ladang Cili MAIWP yang terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2. Mereka diberi penerangan berkenaan konsep program, kaedah penanaman serta hasil keuntungan kepada MAIWP, asnaf serta syarikat yang dilantik.

Diharapkan lawatan ini dapat memberi input serta perkongsian idea antara pihak MAIWP dan Waqaf An-Nur.

#MAIWP #WaqafAnnur #BahagianPembangunanAsnafMAIWP

SUMBER: MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – MAIWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …