INSENTIF MY50 DITERUSKAN

Melalui Belanjawan 2023, Kerajaan telah bercadang untuk meneruskan inisiatif Pas Bulanan Tanpa Had My50 yang akan memanfaatkan hampir 180,000 pengguna dengan peruntukan sebanyak RM115 juta. Ini adalah bagi memudahkan masyarakat untuk bergerak ke tempat kerja.

Inisiatif ini diteruskan bagi meringankan bebanan kos serta memperluaskan jaringan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam, terutamanya di kawasan bandar.

Selain itu, Kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan insentif Pas Perjalanan Tanpa Had (MYBAS50) yang menggunakan perkhidmatan bas di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) untuk dimanfaatkan oleh warga Johor Bahru.

Melalui usaha itu, pelaksanaan Program SBST akan diperluaskan, termasuk di bandar Melaka, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu pada Fasa 2 dengan peruntukan berjumlah RM150 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/

#Belanjawan2023

#BelanjawanMADANI

SUMBER: KEMENTERIAN KEWANGAN

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …