PROGRAM CBSM BELIA KOMUNITI PEDALAMAN DAERAH KENINGAU

Belia dengan Minda Keselamatan: Agen Keselamatan Negara

Keningau Sabah 7 Mac 2023: Dalam memastikan Sembilan Teras Dasar Keselamatan Negara disampaikan diperingkat akar umbi, terutamanya belia, MKN Sabah telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Kolej Geomatika di Keningau.

Dengan semangat mendokong agenda Kerajaan Madani dan menyampaikan dasar Comprehensive Security (Keselamatan Menyeluruh), MKN Sabah melibatkan pemegang taruh yang lain dalam program kali ini.

Antaranya ialah, AADK, MOTAC, dan Ikon Belia selain daripada polis dan MKN sendiri. Perkongsian daripada jemputan kali ini bertujuan mengajak belia agar melihat dan memahami Keselamatan daripada pelbagai aspek.

Sebagai memenuhi syarat penyampaian dua hala, sesi brainstorming bersama pelajar diadakan di akhir program untuk memastikan bahawa sesi sehari ini adalah berimpak tinggi dan mampu menyediakan mereka menjadi agen Keselamatan yang efektif di kalangan anggota masyarakat.

Tahniah Kolej Geomatika dan warga Keningau. Diharap kerjasama seumpama dapat diadakan pada masa hadapan demi memenuhi agenda “Keselamatan Tanggungjawab Besar Bersama”

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …