MKN KELANTAN BERSAMA PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SEMERAK DI PASIR PUTEH

PASIR PUTEH – Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan telah menyampaikan Taklimat Dasar Keselamatan Negara (DKN) pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Nelayan Kawasan Semerak kali ke-42 bagi tahun 2023.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah MKN Kelantan, tuan Haji Hishamuddin bin Abdul Rashid. Mesyuarat ini dengan kehadiran ahli persatuan nelayan seramai 500 orang turut dihadiri oleh Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kelantan, Puan khuzaimah binti Hussin dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Semerak, Encik Zahari bin Samat.

MKN Kelantan turut menyumbangkan hamper bagi acara cabutan bertuah. Diharapkan penglibatan MKN Kelantan dalam mesyuarat ini dapat menyebarkan dan menanam pemikiran keselamatan dalam kalangan nelayan Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …