KESIHATAN MENTAL DAN KEMAKMURAN NEGARA

Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah kejam yang berlaku di negara kita dan kebanyakannya berkait dengan kesihatan mental si pelaku. Untuk rekod, masalah kesihatan mental semakin menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Pada tahun 2021, sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun 2020 dengan hanya 44,061 panggilan.

Lelaki tembak isteri lebih lima das โ€“ Perlis

 

 

Selepas kelar isteri, bayi 3 bulan sehingga maut lelaki berbogel naik motosikal โ€“ Johor Bahru

 

 

Dengar bisikan suruh tikam ibu – Melaka

 

Melihat perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya, MKN Kedah mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan kesedaran peri pentingnya menjaga kesihatan mental ini dengan menganjurkan program Bicara Eksekutif; Minda Sihat Negara Makmur. Pelaksanaan program ini juga adalah satu inisiatif dalam menyokong Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 melalui Teras 8: Keselamatan Rakyat, iaitu pendekatan keselamatan berpaksikan insan (people centric security) dan juga bertepatan dengan Matriks Keselamatan Negara di bawah pengukuhan kesihatan minda dan ketahanan rakyat.

Seramai 150 orang peserta dari pelbagai agensi dan jabatan telah menghadiri program yang diadakan di Auditorium Wisma Persekutuan Anak Bukit, Alor Setar ini. Membawakan tajuk โ€˜Pengaruh Kesihatan Mental Terhadap Kemakmuran Negaraโ€™, Profesor Dr. Huzili Hussin, Pensyarah Psikologi Kaunseling, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah diundang untuk berkongsi pengalaman dan memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya kesihatan mental dalam kehidupan seharian.

MKN Kedah ingin menyeru kepada masyarakat diluar sana agar sentiasa peka dan cakna kepada ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku agresif.

Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka atau memberi galakan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan professional.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti:

  1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
  2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
  3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214

 

Bicara Eksekutif
Peserta program berdiri menyanyikan lagu Negaraku

 

Bicara Eksekutif
Prof. Dr. Huzili Hussin menyampaikan perkongsian mengenai isu kesihatan mental di Malaysia

 

Bicara Eksekutif
Peserta dari pelbagai agensi dan jabatan mendengar perkongsian yang disampaikan

 

Bicara Eksekutif
Penceramah dan peserta bergambar tanda kenangan

Artikel/Berita Terkini

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hari Pekerja …
Maklumat Lanjut

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut