KUNJUNGAN HORMAT PKN NEGERI SEMBILAN KE ATAS KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN

Pada 7 Mac 2023 Tuan Roslin Hisham Bin Abd Hamid, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan (MKN) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof, Ketua Polis Negeri Sembilan di Pejabat Ketua Polis Negeri Sembilan.

Kunjungan Hormat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu keselamatan di Negeri Sembilan dan kerjasama dua hala antara MKN dan PDRM khususnya di bawah Teras Keselamatan Rakyat dan Keadilan Sosial, Dasar Keselamatan Negara.

Pertemuan ini turut membincangkan persediaan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Bil 1/2023 yang dijadualkan pada 13 Mac 2023 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …