SASAR 30 PERATUS BAZAR RAMADAN DI NS TAWAR MENU RAHMAH

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus lot bazar Ramadan di negeri ini menawarkan hidangan Menu Rahmah.

Menurut Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, ketika ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penganjur bazar Ramadan untuk pelaksanaan program tersebut.

Di peringkat KPDN Negeri Sembilan, telah diadakan Bazar Ramadan Rahmah. Sebagai permulaan, sebanyak 60 penganjur bazar Ramadan daerah Seremban telah diberi taklimat mengenainya disusuli dengan daerah lain pada 15 Mac ini.

Pihaknya juga ada pasukan pendigitalan industri perniagaan dan di situ  akan di berikan token e-wallet kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadan, jadi kedua-dua mereka mendapat manfaat.

Media pada Khamis melaporkan sasaran sebanyak 50 bazar Ramadan Rahmah diwujudkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Sementara itu, mengulas perkembangan tawaran menu Rahmah di Negeri Sembilan, Muhammad Zahir berkata, ia semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha makanan, namun tidak mendapat hebahan secara meluas.

Sehingga hari ini sebanyak 35 pengusaha makanan telah mendaftar dalam portal kita, namun saya yakin jumlah itu lebih sebenarnya, cuma mereka tidak mendaftar.Justeru, ia menyukarkan kita untuk membantu mereka mempromosikan premisnya kepada orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …