MKN & APMM NEGERI PERAK ANJUR TAYANGAN FILEM COAST GUARD MALAYSIA : OPS HELANG

MANJUNG – Kedaulatan dan keutuhan wilayah yang menjadi nilai teras pertama Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 telah disambut dengan pelaksanaan program tayangan filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di TGV Mall Seri Manjung AEON MALL Seri Manjung.

Penganjuran sinergi antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang melibatkan kira-kira 150 orang penonton terdiri daripada wakil agensi daerah Manjung dan Perak Tengah, Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut, rakan media serta orang awam ini dipacu bagi menyemarakkan semangat “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” dalam memupuk kebersamaan dan komitmen setiap lapisan masyarakat untuk menjaga serta memelihara keselamatan negara.

Turut hadir bersama YBrs Tn Hj Khairul Ridzuan bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak, YBrs Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup, Pengarah Maritim Negeri Perak dan YBrs Tn Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah dan Tanah Manjung ini telah disambut dengan Demonstrasi daripada APMM.

Dalam masa yang sama, sesi kunjungan hormat oleh MKN Perak di APMM Lumut telah berlangsung di sebelah pagi dan turut diserikan dengan sambutan Hari Wanita.

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …