TANDA-TANDA AWAL TANAH RUNTUH

SHAH ALAM – Umum sedia maklum mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 16 Disember 2022 di Father’s Farm Organic Batang Kali, Daerah Hulu Selangor yang telah mengorbankan 31 orang. Pihak berkuasa melaporkan bahawa kejadian berpunca daripada kegagalan kaki cerun.  Runtuhan itu membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu (m³) dengan anggaran tanah runtuh 500,000 tan dan ketinggian 30 meter (m), selain jarak runtuhan sejauh 150m dan lebar 100m.  Hampir 125 anggota Search and Rescue (SAR) daripada 15 agensi kerajaan telah dikerahkan untuk usaha menyelamat dengan bantuan sebelas mesin jengkaut dan sembilan anjing pengesan.

DI KAWASAN PERSEKITARAN DAN RUMAH ANDA

  • Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan
  • Air keluar melalui permukaan tanah berhampiran cerun
  • Air keluar di kaki cerun
  • Pagar, dinding, tiang atau pokok condong atau beralih
  • Terdapat rekahan pada cerun
  • Paip air pecah
  • Terdapat rekahan pada tanah atau asas rumah, bangunan
  • Struktur cerun beralih dari posisi asal
  • Bonjolan pada kaki cerun atau tembok penahan
Pantau cerun-cerun di kawasan kejiranan anda sekiranya anda terlihat tanda-tanda awal lapor kepada Pihak Berkuasa dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut.
Sumber: Cerun JKR Malaysia, Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …