EJEN PASSPORT TIDAK DIIKTIRAF

Jabatan Imigre­sen Malaysia (JIM) Kelantan menegaskan pihaknya tidak mengiktiraf ejen yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui pasport secara dalam talian dengan bayaran RM40 untuk setiap satu.

Pengarahnya, Azhar Abd. Hamid berkata, JIM Kelantan tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada orang ramai. Sejak pembaharuan pasport secara dalam talian diperkenalkan, kios-kios tersebut muncul dengan menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai yang kurang mahir menggunakan teknologi tersebut.

 

JIM Kelantan turut menasihati pengusaha kios supaya tidak mengambil kesempatan di atas perkara tersebut. Pengarah JIM Kelantan memaklumkan semua caj tersebut tidak masuk kepada akaun pihak JIM sebaliknya mereka yang mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Kadar bayaran pasport yang dikenakan oleh kerajaan adalah RM200 untuk tempoh lima tahun manakala kios yang berada di luar pejabat Imigresen berkenaan mengenakan bayaran berjumlah RM239 kepada setiap pemohon.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …