PINJAM KENDERAAN KEPADA WARGA ASING DILARANG

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan orang ramai supaya tidak menjual atau memberi pinjam kenderaan mereka kepada warga asing.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata pihaknya mengesan warga asing terutamanya etnik Rohingya menunggang motosikal dan memandu kereta yang tidak mengikut spesifikasi lengkap yang ditetapkan sekali gus menyukar pelbagai prosedur sekiranya berlaku nahas kerana kebanyakan kenderaan mereka tidak mempunyai perlindungan insurans.

Menurutnya, selain itu, kebanyakan daripada warga asing di Kelantan dikenal pasti menggunakan kenderaan milik orang tempatan tinggal di kawasan pinggir bandar. JPJ akan mengeluarkan notis saman kepada pemilik sebagai pengajaran.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …