KPDN KELANTAN RAMPAS 500 LITER MINYAK PETROL DISYAKI UNTUK DISELEWENG

 

TUMPAT 05 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 500 liter minyak petrol disyaki tanpa kebenaran sah dalam sebuah kereta di Kg. Palekbang, Tumpat, Kelantan di sini pada malam semalam.
Pemeriksaan ke atas kereta tersebut oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan melalui Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan kira-kira jam 08.30 malam tadi.
Terdahulu pasukan mengesan pergerakan sebuah kenderaan dari arah Kota Bharu menuju ke Kg. Palekbang, Tumpat, Kelantan dalam keadaan mencurigakan membawa muatan barang kawalan tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui muatan minyak petrol anggaran sebanyak 500 liter didalam beberapa tong jerikin dan pasukan membuat sitaan terhadap barang kawalan tersebut dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 1025.00.
Turut disita sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang telah diubah suai tangki kenderaan tersebut dan berpendaftaran tempatan dengan nilai rampasan sebanyak RM 6,000.00
Ditahan bersama seorang lelaki tempatan berumur 30an, seterusnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …