PENALTI LEBIH TINGGI TERHADAP PENJENAYAH HIDUPAN LIAR

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menguatkuasakan 44 seksyen di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] yang mula dikuatkuasakan pada awal Februari tahun ini.  Pindaan ini adalah bertujuan untuk mengatasi jenayah serius melibatkan hidupan liar serta sebagai usaha dalam mencegah sumber khazanah negara daripada ancaman-ancaman akibat aktiviti-aktiviti haram.

Selaras dengan pindaan yang dilakukan, mana-mana individu yang disabit kesalahan  menyeludup hidupan liar sama ada ke dalam atau luar negara tanpa permit khas, dikenakan tindakan lebih berat iaitu denda RM1 juta dan penjara tidak melebihi 15 tahun. Hukuman ini mengikut Seksyen 71 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

 

SUMBER: MALAYSIAGAZETTE, PERHILITAN

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT TERENGGANU AKAN MENIKMATI LIPUTAN INTERNET LEBIH BAIK DIBAWAH INISIATIF JENDELA

Dalam inisiatif JENDELA yang telah dimulakan pada tahun 2020, Negeri Terengganu menjadi negeri terawal berbanding negeri lain di seluruh negara …
Maklumat Lanjut

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN DAN SIFAR PLASTIK SEKALI GUNA BAZAR RAMADAN 2023

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan dan …
Maklumat Lanjut

PAWANA RAMADAN: BERPUASA DAN KESIHATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Minda dan Ketahanan Rakyat) PAWANA RAMADAN: BERPUASA DAN …
Maklumat Lanjut