PEMANTAUAN MEMASTIKAN RANTAIAN PENGEDARAN MINYAK MASAK BERSUBSIDI SENTIASA MENCUKUPI DALAM PASARAN

 

MACHANG 05 Feb : YBrs.Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan telah mengadakan Pemantauan di Kilang Pembungkus Minyak Masak Masak Bersubsidi, Ezz Mahu Trading, Jalan Bahagia, Kg. Kolam Abu, Machang, Kelantan disini pagi hari ini.
Objektif memastikan pemilik kilang mematuhi perundangan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang ditetapkan dan mengikuti arahan dari masa ke semasa KPDN, serta keberadaan bekalan dan harga sepanjang masa dipasaran.
Hadir mengiringi bersama dalam sesi turun padang ini YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Negeri, YBrs.Tuan. Saidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Kelantan dan YBrs. Tuan Sulaiman bin Derahim, Ketua Cawangan KPDN Kuala Krai.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Faisal bin Hussin, Ketua Unit Kawalan Bekalan dan Pegawai-pegawai KPDN Kelantan, dan turut bersama En. Mohd Kasrul Hazuan bin Suudi, Pengurus Ezz Maju Trading, dan YDH ASP Zainuddin bin Mustapha, IPD PDRM Machang.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …