NAZIRAN TERHADAP PEMBUNGKUS MINYAK MASAK DI BAWAH PROGRAM COOKING OIL STABILIZATION SCHEME DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN | 25 Januari 2023:- Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri Sembilan telah menjalankan naziran ke atas 3 syarikat pembungkus minyak masak di sekitar Senawang.

Naziran dilakukan bertujuan untuk memastikan minyak masak paket bersubsidi 1kg, dikeluarkan dengan maksimum mengikut kuota yang telah diperuntukkan terhadap sesebuah syarikat pembungkus dalam COSS.

Pasukan Penguat Kuasa KPDN telah mengeluarkan satu arahan mengemukakan maklumat di bawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan 1961 kepada pihak syarikat berkenaan untuk tindakan susulan.

Sumber: KPDNHEP Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut