PROGRAM: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOCACY FOR ROAD USERS ( SAFER ) NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN ,25 JANUARI 2023: Sebagai langkah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di kalangan penunggang p-hailing, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan melalui Unit Keselamatan Jalan Raya telah melakukan advokasi kepada penunggang p-hailing untuk memberikan nasihat serta kesedaran tentang kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah dan gagal mematuhi isyarat lalu lintas jalan sehala.

Antara perkara yang diberikan penekanan adalah berkaitan peraturan lalulintas seperti perlanggaran lampu isyarat. Penunggang motosikal P-Hailing juga diberi risalah untuk rujukan dan juga panduan mengenai peraturan lalulintas di jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …