MINI FOOD BANK AL-BASITH SAMBUT SERUAN MALAYSIA MADANI

KUALA PILAH, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Penubuhan mini Food Bank Al-Baasith Cawangan Luak Inas dengan kerjasama agensi Kerajaan iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Penjara Seremban serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan MyFundAction dilihat seiring dengan semangat Malaysia Madani.

Pendekatan menyediakan kemudahan dalam membela semua lapisan masyarakat khususnya yang ingin mendapatkan bantuan makanan asas terutamanya pada waktu kecemasan secara tidak langsung turut membentuk nilai kemanusiaan dan peradaban dalam masyarakat setempat.

“Penubuhan Mini Food Bank Al-Basith di mukim Inas ini merupakan yang pertama di Negeri Sembilan dan pengurusan operasi dijalankan sepenuhnya oleh masyarakat setempat secara sukarela.

“Melalui kaedah begini, nilai-nilai amanah dan peka kepada masalah penduduk dapat diterapkan dalam diri petugas dan juga pengurusan seperti yang diterapkan dalam konsep Malaysia Madani” kata Pengerusi Al Baasith Negeri Sembilan Khairul Nizam Khairuddin ketika ditemui, di sini semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan turut disaksikan oleh Datuk Penghulu Luak Inas, Mohammad Ariff Sidek, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Datuk Haji Mohamad Taufek Abd. Ghani, Pengurus Besar Yayasan Food Bank Malaysia Johan Halid, Pegawai Daerah Kuala Pilah Mohd. Faizal Abdul Manap, Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah Mohd. Azreen Abu Bakar dan wakil-wakil agensi yang lain.

Sumber: Malaysiaktif

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …